Thursday, August 9, 2007

ZAHID SERU KAUM BAPA HENTI MEROKOK DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK

KAUM bapa penagih rokok yang tergamak berbelanja sehingga beratus RM sebulan semata-mata untuk melampiaskan ketagihan itu, perlu menimbang semula tabiat mereka sama ada adil atau tidak untuk masa depan anak-anak.

Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, ramai bapa yang cukup 'berkira' dalam berbelanja untuk pendidikan anak-anak tetapi menjadi begitu pemurah untuk mengeluarkan wang membeli rokok.

"Untuk rokok, mereka langsung tak kisah ... ada yang sampai RM20 sehari. Harga rokok pun sudah mahal sekarang ... tapi kalau untuk belanja buku atau tuisyen anak-anak, punyalah kedekut. Macam-macam alasan diberi,"katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapan perasmian Kursus Motivasi Kecemerlangan UPSR Ð Skor 5A anjuran Biro Pendidikan Pemuda UMNO DUN Kota Damansara Ahad lalu yang disertai 136 calon UPSR dari seluruh DUN berkenaan.

Di tengah-tengah ucapannya, Ahmad Zahid turut meminta kanak-kanak berkenaan menyuarakan harapan mereka kepada kaum bapa yang turut hadir dalam majlis itu supaya tidak lagi merokok.

Permintaan itu disambut oleh kanak-kanak berkenaan dengan laungan harapan yang cukup menyentuh hati sekalian hadirin.

Selain itu, Ahmad Zahid juga mengingatkan kaum ibu untuk menggalakkan pemberian susu ibu kepada bayi berbanding susu segera.

"Susu ibu dijadikan Allah terlalu banyak khasiatnya ... dari segi fizikal, mental dan juga psikologi. Kerana itu, jangan diringankan nikmat anugerah ini," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu YB Dato'; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail; Ketua Pemuda UMNO Bahagian , Megat Firdouz Megat Junid dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia, Harrisson Hassan.

1 Comments:

Blogger Hilmi Haniz said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua..

Semoga kita semua sihat dan bahagia sentiasa.

Saya ingin meminta keizinan Admin untuk mengiklankan perniagaan saya.

Saya adalah ejen Public Gold iaitu menjual dan membeli dinar, syiling dan jongkong emas di Kota Damansara

hubungi saya utk maklumat lanjut :-

019 - 3 724 766
No 9, Jln Camar 4/26,
Villa Damansara

atau lawati web :-

www.6dinar.blogspot.com

Saya memohon maaf jika iklan ini mengganggu anda semua.

Sekian, Terima Kasih

May 21, 2010 at 5:21 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home