KEKALKAN SEMANGAT KAMPUNG TRADISIONAL
Pesanan itu disuarakan oleh YB Dato' yang kemudian menjelaskan, antara ciri-ciri budaya kampung Melayu tradisional yang perlu dikekalkan itu adalah seperti gotong royong, semangat muhibbah dan silaturahim yang erat, program kesenian dan kebudayaan masyarakat, budaya bekerjasama, tolong menolong dan sebagainya.
Selain itu, YB Dato' turut menekankan peri pentingnya mereka menjaga kebersihan dan keindahan lanskap kediaman masing-masing dan di seluruh kejiranan.
"Dalam masa yang sama, tuan-tuan juga harus memanfaatkan segala macam projek pembangunan yang melanda kawasan ini. Jangan berpeluk tubuh sahaja melihat pembangunan berlaku di sekeliling kita.
YB Dato' menyuarakan pesanan demikian di majlis penyerahan surat kontrak kepada lebih 20 kontraktor kelas F yang dipilih oleh Pejabat Daerah Petaling untuk melaksanakan pelbagai Projek Pembangunan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Pembangunan Infratsruktur Asas (PIAS) di seluruh kawasan DUN Kota Damansara, Sabtu lalu.
Keseluruhan nilai kos projek berkenaan adalah lebih RM2 juta meliputi kerja-kerja penyenggaraan dan menaik taraf jalan, masjid dan surau, balai raya, pusat komuniti, tadika dan sebagainya.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home