Saturday, May 26, 2007

RAGBI SUKAN LELAKI SEJATI - YB DATO' MOKHTAR

Tahniah! Ketua Pasukan SMK Taman Kosas menjulang Piala YB Dato' Mokhtar bersama YB Dato'

Pasukan Python SMK Seksyen 4 Kota Damansara bergambar kenangan bersama YB Dato' dan Puan Pengetua

BAGI sesiapa yang mengetahui sejarah diri YB Dato’ Mokhtar, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila melihat beliau bergegas terus dari KLIA sekembalinya dari lawatan kerja ke Acheh minggu lalu, terus ke padang SMK Seksyen 4 Kota Damansara di mana kejohanan ragbi Piala YB Dato’ Mokhtar anjuran Kelab Python berlangsung.

Ini kerana YB Dato’ sememangnya adalah peminat setia sukan ragbi bahkan pernah aktif sebagai pemain di zaman remajanya dulu.

Di padang itu, YB Dato’ terang-terangan mengaku bahawa ragbi telah mengajarnya banyak perkara terutama yang berkaitan dengan semangat berani, berdisiplin, setiakawan, semangat juang dan sebagainya.

“Ragbi adalah sukan bagi lelaki sejati. Rough game, played by gentleman,” kata YB Dato’ di hadapan hampir 200 pemain dan guru-guru dari seluruh Selangor pada hari itu.

Tambah YB Dato’ lagi, sebilangan pentadbir, eksekutif kanan di sektor awam dan swasta, ahli-ahli politik dan tokoh-tokoh sosial adalah pemain ragbi di zaman remaja mereka.

“Ini membuktikan sukan ragbi yang bagi sesetengah orang adalah sukan kasar sebenarnya banyak mengajar perkara yang baik dan positif,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home